JDT Stadium Tour


Gambaran keseluruhan

Rasai sendiri pengalaman di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dimana merupakan rumah kepada pasukan Southern Tigers, Johor Darul Ta’zim (JDT). Ini bukan sekadar stadium biasa tetapi ia adalah simbol kehebatan, disiplin dan kejayaan bola sepak Johor di pentas Asia.

Masuk ke dunia sebenar bola sepak profesional dan lihat sendiri suasana di sebalik tabir sebuah kelab yang penuh dengan sejarah kemenangan. Anda akan berjalan melalui terowong pemain, melawat ruang persalinan, dan berdiri di tepi padang bertaraf dunia yang menjadi saksi kepada detik-detik gemilang JDT. Untuk pengalaman yang lebih unik, anda juga boleh menaiki buggy untuk meneroka kawasan VIP, fasiliti latihan dan sudut eksklusif stadium dengan lebih santai. Bagi yang mahukan pengalaman yang penuh gaya, naik Hummer khas yang pernah digunakan dalam perarakan kemenangan JDT, lengkap dengan suasana sambutan yang menghidupkan semangat juara.

Setiap langkah membawa anda lebih dekat kepada semangat juang pasukan, dari kawasan latihan hinggalah ke zon eksklusif yang biasanya hanya boleh diakses oleh pemain dan staf. Pengalaman ini memberi gambaran sebenar bagaimana sebuah pasukan juara dibentuk dan dibangunkan.

Rasai atmosfera stadium bertaraf antarabangsa dimana JDT Stadium Tour menawarkan pengalaman yang penuh inspirasi, tenaga dan kebanggaan terhadap dunia sukan. Tempah Lawatan Stadium JDT anda bersama kami hari ini!


JDT Stadium Tour Pakej Tersedia

JDT Stadium Tour NEW ATTRACTION

Lihat Butiran

MYR 60.00

MYR 58.00

JDT Buggy Tour NEW ATTRACTION

Lihat Butiran

MYR 50.00

MYR 49.00

JDT Hummer Tour NEW ATTRACTION

Lihat Butiran

MYR 30.00

MYR 29.00

JDT Full Tour Experience

Lihat Butiran

MYR 140.00

MYR 135.00

Tarikan

  • Naiki Hummer sebenar yang digunakan semasa perarakan kemenangan JDT, lengkap dengan suasana celebration yang menaikkan semangat juara.
  • Pengalaman Full Tour termasuk akses ke mini museum, koleksi trofi, jersi ikonik, serta sesi makan di JDT Café.
  • Terokai kawasan eksklusif stadium seperti terowong pemain, ruang VIP, fasiliti latihan dan zon belakang tabir melalui buggy atau lawatan berpandu.
  • Dapat peluang berdiri di atas padang bertaraf dunia dan merasai sendiri suasana perlawanan di stadium kebanggaan Johor.
  • Lihat lebih dekat sejarah kejayaan JDT melalui pameran interaktif, koleksi trofi dan detik-detik kemenangan pasukan.
  • Singgah di JDT Official Megastore untuk mendapatkan jersi rasmi, scarf dan barangan eksklusif penyokong.

Maklumat Tambahan

  • Dapatkan pengesahan segera. Jika anda tidak menerima pengesahan tempahan, sila maklumkan kepada kami.
  • Sila hadir sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal sebelum waktu tour untuk proses daftar masuk dan taklimat.
  • Tiket tidak boleh dipulangkan atau dipindah milik selepas pembelian.
  • Setiap tiket hanya sah untuk seorang pengunjung.
  • Kanak-kanak bawah 12 tahun perlu ditemani orang dewasa.
  • Beberapa kawasan berkemungkinan ditutup sementara atas sebab latihan, penyelenggaraan atau acara khas.
  • Bilik persalinan pasukan utama mungkin tidak dapat diakses sekiranya terdapat kerja penyelenggaraan atau penggunaan operasi.
  • Beg besar, backpack dan bagasi tidak dibenarkan dibawa masuk (kemudahan simpanan disediakan di kaunter)
  • Aktiviti fotografi dibenarkan di kebanyakan kawasan, tertakluk kepada arahan guide.
  • Pakaian yang selesa serta kasut yang sesuai (non-marking) sangat digalakkan.
  • Parking disediakan di Parking Zone 5 berhampiran kaunter tiket.
  • JDT Full Experience Package: Jumaat – Ahad (11:30 pagi – 4:00 petang).
  • JDT Buggy Tour: Rabu – Khamis (5:00 petang – 11:00 malam), Jumaat – Ahad (11:00 pagi – 11:00 malam).
  • JDT Hummer Tour: Jumaat – Ahad (11:00 pagi – 9:30 malam).
  • JDT Stadium Tour: Jumaat – Ahad (11:00 pagi – 4:00 petang).

FAQ

Ya, fotografi dibenarkan di kebanyakan kawasan stadium. Namun begitu, pengunjung perlu mematuhi arahan tour guide, dan beberapa kawasan tertentu mungkin tidak membenarkan penggambaran.

Pakaian yang selesa sangat digalakkan, bersama kasut non-marking untuk keselamatan dan memudahkan pergerakan ketika melawat pelbagai kawasan stadium.

Makanan dan minuman dari luar biasanya tidak dibenarkan di kawasan tour stadium. Pengunjung boleh menikmati kemudahan yang disediakan seperti JDT Café bagi Full Tour Experience.

Tempoh lawatan bergantung kepada pakej yang dipilih, namun kebiasaannya mengambil masa sekitar 45 minit hingga beberapa jam untuk Full Tour Experience.

Sebahagian tour melibatkan kawasan terbuka, jadi disarankan untuk membawa payung atau persediaan hujan, serta bersedia dengan cuaca panas juga.

Tidak semua kawasan dibuka kepada pengunjung pada setiap masa. Ada bahagian tertentu yang mungkin ditutup kerana latihan, kerja penyelenggaraan, atau acara khas.

Tarikan Lain Yang Anda Mungkin Suka